• Temasya Gemilang Kolej Keris Mas – TG2KM

    Temasya Gemilang Kolej Keris Mas atau lebih sinonim dengan panggilan TG2KM merupakan sebuah acara yang penuh gilang gemilang.

  • Pesta Silang Budaya

    Budaya Dipamer, Perpaduan Diutuhkan.

  • Festival Islam

  • Pertandingan Foto Popular TG2KM

  • KARNIVAL APRESIASI WANITA

  • Rumah Hantu TG2KM

Tuesday, March 4, 2014

Pesta Silang Budaya

 

Program ini bertujuan untuk menekankan kepentingan persefahaman kebudayaan mahasiswa mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia, khususnya warga Kolej Keris Mas. Melalui program
tersebut, mahasiswa-mahasiswi akan lebih menyedari kepentingan perpaduan antara pelbagai kaum
dan seterusnya mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka tanpa mengira perbezaan kaum,
agama dan bangsa. Selain itu, program ini dapat memperkuatkan kerjasama pelbagai etnik dalam
aspek bantuan sepanjang program ini dilaksanakan.

“ Budaya Dipamerkan, Perpaduan Diutuhkan”
Seiring dengan objektif pelaksanaan program, pihak urusetia telah memilih tema “Budaya
Dipamerkan, Perpaduan Diutuhkan” sebagai tema program. Pihak penganjur berhasrat dapat
memupuk perpaduan dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi
Universiti Kebangsaan Malaysia terutamanya warga Kolej Keris Mas melalui aktiviti kebudayaan.

Program ini akan diadakan pada:
Tarikh : 25 Mac 2014
Hari : Selasa
Masa : 9.00 pagi – 11.00 malam


ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG AKAN DIADAKAN IALAH:
PEMERAN: MAKANAN DAN PAKAIAN TRADITIONAL DAN HIASAN DARI PELBAGAI KAUM
PERSEMBAHAN: PAKAIAN TRADITIONAL, DIKIR BARAT DAN HARMONIKA
TARIAN TRADITIONAL: MELAYU, CINA DAN INDIA

Jumpa anda di sana!

Friday, February 28, 2014

Pertandingan Foto Popular

https://www.facebook.com/tg2kmukm 

Aaaaahhhh.... guess what??!!! PERTANDINGAN FOTO POPULAR datang lagi... Nak dapat duit cara senang?! apa lagi hantar je gambar2 yg menarik tu kat sini... xkn nk bagi penuh gallery phone je.. 
CARA PENYERTAAN:: 
1. “Like” FB TG2KM (www.fb.com/tg2kmukm). 
2. Hantarkan foto PALING menarik ke INBOX/Messages FB TG2KM. Sertakan: (i) Nama Penuh (ii) Tajuk foto (iii) Lokasi penggambaran (iv) No. kad pengenalan (v) No telefon rumah/bimbit. 
3. Kami akan memasukkan foto ke dalam ALBUM “PERTANDINGAN FOTO POPULAR TG2KM” dan “Like” terbanyak akan memenangi hadiah istimewa! 


Wednesday, February 26, 2014

English Speaking Zone (ESZ)




Program English Speaking Zone ini merupakan program yang julung-julung kali diadakan di bawah Exco Pembangunan Akademik dan Inovasi Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Keris Mas sesi 2013/2014. Program ini menjadi pelantar bagi para pelajar dan warga kolej bagi memahami kepentingan serta mengaplikasikan kemahiran berbahasa Inggeris yang sedia ada di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bahasa Inggeris pada masa kini.

Saturday, February 22, 2014

Generasi Gemilang (Gen-G)




Program Generasi Gemilang ialah salah satu program di bawah Temasya Gemilang Kolej Keris Mas (TG2KM). Program ini diterbitkan bagi mengeratkan silaturahim antara Majlis Tertinggi TG2KM, para pengarah dan timbalan pengarah TG2KM dan ahli-ahli jawatankuasa TG2KM. Terdapat 10 orang Majlis Tertinggi, 40 para pengarah dan timbalan dan 200 orang ahli jawatankuasa. Selain itu, program ini dapat membantu menambah pengalaman dalam berkomunikasi dengan masyarakat luar di samping mencari dana untuk TG2KM. Beberapa mesyuarat telah dilakukan sebelum menjalankan program ini. Perbincangan dan perancangan telah dilakukan antara Majlis Tertinggi dan para pengarah sahaja. Namun begitu, mesyuarat terbesar bersama semua ahli jawatankuasa yang menyertai program ini telah diadakan sekali sahaja. 

Friday, February 21, 2014

Eksekutif Pelaksana


Ahli Jawatankuasa Pelaksana TG2KM



 
 


Majlis Tertinggi


Majlis Tertinggi Temasya Gemilang Kolej Keris Mas terdiri daripada 10 orang ahli jawatankuasa.
10 orang tersebut terdiri daripada 
2 orang Felo Penasihat
1 orang Ketua Pengarah Eksekutif
3 orang Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif
3 orang Setiausaha
3 orang Bendahari