Wednesday, February 12, 2014

Pengenalan


Temasya Gemilang Kolej Keris Mas atau lebih sinonim dengan panggilan TG2KM merupakan sebuah acara yang penuh gilang gemilang. Program ini juga menjadi program tahunan sambutan hari keluarga dikolej ini. Acara ini dianjurkan oleh Timbalan Ketua Eksekutif II Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Keris Mas bersama ahli jawatankuasa khas yang dilantik di bawahnya. Temasya Gemilang yang sudah berusia sedekad dan mencecah usia 12 tahun. Kepelbagaian aktiviti yang akan dianjurkan lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan golongan belia iaitu Kesukarelawan, Kesenian Dan Kebudayaan, Keusahawanan, Kesenian Islam, Lestari Bumi dan melibat program berkaitan dengan Aktiviti Tahun Melawat Malaysia 2014. Program ini menjadi platform bagi para pelajar khususnya warga kolej bagi mengasah bakat kerja individu dan berkumpulan serta kemahiran berkomunikasi dengan pihak luar disamping mengeratkan hubungan persaudaraan antara warga Kolej Keris Mas sendiri.

0 comments:

Post a Comment