Friday, February 21, 2014

Tema TG2KM 2013/2014



           
    BELIA MERAIKAN KEPELBAGAIAN MALAYSIA     
                   
               “Belia Meraikan Kepelbagaian Malaysia”. Tema ini amat bersesuaian pada TG2KM pada tahun  ini kerana  ia berkaitan dengan tahun melawat Malaysia 2014 dan program-program yang akan dianjurkn berkait rapat dengan promosi Malaysia dengan lebih jitu kepada warga Universiti Kebangsaan Malaysia malah kepada warga asing yang sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di samping memperkenalkan  nama Kolej Keris Mas diluar daripada kampus Universiti Kebangsaan Malaysia. Pemilihan Tema ini sendiri berkait rapat  dengan keunikan Malaysia yang berbilang bangsa,kaum dan agama. Secara tidak langsung hubungan 1Malaysia akan terus dipupuk dengan program-program yang akan dijalankan.
               Sejajar dengan itu pemilihan tema ini juga dapat memberikan kekuatan dan pengalaman warga Kolej Keris Mas dan Universiti Kebangsaan dalam merialisasikan visi Universiti iaitu Mengilhamkan Harapan Mencipta Masa Depan. Tema ini juga turut menekan eleman-elemen Gagasan 1 Malaysia yang diterapkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak .Maka dengan pemilihan tema ini akan menghidupkan dan menyemarakkan lagi perkembangan minda mahasiswa kepada negara bagi meningkatkan sosioekonomi masyarakat serta negara agar dapat melahirkan masyarakat Malaysia Kelas Pertama.

0 comments:

Post a Comment