Saturday, February 22, 2014

Generasi Gemilang (Gen-G)




Program Generasi Gemilang ialah salah satu program di bawah Temasya Gemilang Kolej Keris Mas (TG2KM). Program ini diterbitkan bagi mengeratkan silaturahim antara Majlis Tertinggi TG2KM, para pengarah dan timbalan pengarah TG2KM dan ahli-ahli jawatankuasa TG2KM. Terdapat 10 orang Majlis Tertinggi, 40 para pengarah dan timbalan dan 200 orang ahli jawatankuasa. Selain itu, program ini dapat membantu menambah pengalaman dalam berkomunikasi dengan masyarakat luar di samping mencari dana untuk TG2KM. Beberapa mesyuarat telah dilakukan sebelum menjalankan program ini. Perbincangan dan perancangan telah dilakukan antara Majlis Tertinggi dan para pengarah sahaja. Namun begitu, mesyuarat terbesar bersama semua ahli jawatankuasa yang menyertai program ini telah diadakan sekali sahaja. 




Program                     : Program Generasi Gemilang Kolej Keris Mas
Kod Program             : DN00947/2013
Tarikh Program         : 21 December 2013

Program Generasi Gemilang telah berlangsung dengan jayanya. Hampir kesemua ahli TG2KM dapat menghadirkan diri ke program tersebut. Kami telah bertolak pagi dan perjalanan ke Melaka telah memakan sedikit masa. Walau bagaimanapun kami berjaya tiba di Melaka dengan selamat pada tengah hari. Kami berkumpul di hadapan Menara Taming Sari. Kami telah dipecahkan ke beberapa kumpulan. Perpecahan kumpulan ini adalah untuk menjalankan program “The Apprentice”. Setiap kumpulan telah mendapat sebuah fail berisi tugasan yang kami harus selesaikan. Tugasan-tugasan tersebut ialah adalah berkenaan pemasaran TG2KM dan lawatan sekitar Melaka.
            Kami telah melawat Rumah Seri Kenangan Cheng pada waktu petang. Ketibaan kami disambut dengan baik oleh pegawai-pegawai yang bertugas. Kami juga disambut dengan mesra oleh para penghuni Rumah Seri Kenangan Cheng tersebut. Kami datang dengan ceria dan gembira kerana para penghuni di situ menerima kedatangan kami dengan gembira dan sudi beramah mesra dengan kami.


Berikut adalah sedikit bingkisan dari Program Generasi Gemilang
  















0 comments:

Post a Comment