Wednesday, February 26, 2014

English Speaking Zone (ESZ)




Program English Speaking Zone ini merupakan program yang julung-julung kali diadakan di bawah Exco Pembangunan Akademik dan Inovasi Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Keris Mas sesi 2013/2014. Program ini menjadi pelantar bagi para pelajar dan warga kolej bagi memahami kepentingan serta mengaplikasikan kemahiran berbahasa Inggeris yang sedia ada di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bahasa Inggeris pada masa kini.


Bersesuaian dengan hasrat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ingin melahirkan mahasiswa/i yang berketrampilan, berilmu serta mampu bersaing dalam arus globalisasi, maka program seperti ini mampu untuk merealisasikan impian tersebut. Melalui pengalaman yang bakal diperoleh sepanjang melaksanakan program ini, mahasiswa/i dapat mencungkil kemahiran Berbahasa Inggeris mereka melalui aktiviti-aktiviti menarik yang dianjurkan. Ilmu yang diperolehi akan menjadi bonus untuk mereka gunakan semasa bekerja nanti.


“EXPLORING ENGLISH, ENJOY THE FUN”

Tema ini dipilih kerana ia amat bertepatan dengan misi dan matlamat yang ingin  dicapai oleh pihak kami di samping menetapkan harapan dan objektif  yang jitu kepada para peserta supaya mempunyai semangat bersaing yang tinggi sebagai persediaan di masa depan di peringkat nasional dan juga global.

English Speaking Zone (ESZ) akan berlangsung pada ketetapan berikur:


Tarikh   : 22 Mac 2014
Hari       : Sabtu
Tempat  : Dewan Besar Kolej Keris Mas

Dapatkan Syarat-Syarat Pertandingan di sini:
http://www.mediafire.com/download/6u3vw4i8vi3hi6i/ESZ_(Syarat_Penyertaan).zip

Dapatkan Borang Pertandingan di sini:
http://www.mediafire.com/download/crmdcwr46b5mrf5/ESZ_(Borang_Penyertaan).zip

0 comments:

Post a Comment